Tumpuan :
Detik Niaga

15 bilion kaki persegi hartanah tidak mesra alam, kerajaan kaji semula dasar 

Oleh: Amanda Lopez

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula dasar bagi menaik taraf bangunan lama diseluruh negara bagi mempertingkat aspek kemampanan.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ke arah itu maklum balas pemain industri akan dikumpul menerusi Siri Dialog Belanjawan 2025 di bawah kementeriannya.

“Saya mendengar pandangan yang disuarakan daripada pihak Green RE. Kalau boleh, kita tengok balik dengan lebih mendalam, termasuk untuk bangunan yang sedia ada dan termasuk juga bangunan baharu.

Kedua-duanya boleh dibuat tetapi mungkin perlu beberapa pelarasan di peringkat dasar. Kita akan memanggil mereka ke dialog belanjawan 2025 di peringkat kementerian NRES dan kita akan tengok apa yang boleh kita bawa ke kementerian kewangan untuk mendapat sokongan,” kata beliau ketika ditemui selepas melancarkan Persidangan Binaan Hijau Antarabangsa (IGBC) 2024 pagi tadi.

Tambah beliau, Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga juga akan menjadi satu pendorong untuk menggalakkan pemain industri yang menggunakan tenaga seperti kilang agar lebih cekap dalam penggunaan tenaga.

Turut menjadi faktor dorongan– pelarasan tarif air seluruh negeri di Semenanjung yang menggalakkan pemilik bangunan untuk menjadikan bangunan mereka lebih cekap tenaga dan cekap air.

“Apabila kita sudah buat penyasaran subsidi, harga tarif elektrik naik untuk banyak bangunan.Begitu juga misalnya apabila kita buat pelarasan tarif air seluruh negeri di Semenanjung. Maknanya ini akan mendorong pemilik bangunan untuk menjadikan bangunan mereka lebih cekap tenaga dan cekap air. Langkah itu dengan sendiri tanpa perlu insentif. Sebab dulu, apabila harga elektrik murah, orang tidak pandang langkah kecekapan dan penjimatan,” kataya.

Menurut Green RE, ketika ini, 15 bilion kaki persegi hartanah dalam negara yang tidak mesra alam.

Katanya, selain daripada pengangkutan dan industri, sektor yang penting dalam soal pelepasan karbon adalah pembinaan bangunan dan apabila bangunan itu sudah beroperasi.

“Sebab itu, bangunan yang lebih hijau main peranan yang sangat penting. Kadang kala dari segi reka bentuk yang mudah bolehkan pengurangan penggunan penghawa dingin. Misalnya menguruskan penggunaan air yang lebih cekap, boleh kita semula penggunaan air daripada penuaian air hujan atau pembinaan itu sendiri dibuat menggunakan bahan mesra alam sekitar.

Secara global, sektor hartanah menyumbang 35% tenaga penggunaan, 38% daripada pelepasan karbon berkaitan tenaga, 50% daripada penggunaan sumber, dan jumlah jejaknya dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2060.

“Justeru, kerjasama yang mendalam merentas keseluruhan rantaian nilai dan transformasi radikal dalam cara bangunan direka bentuk, dibina, diduduki dan didekonstruksi diperlukan untuk menangani pertumbuhan ini kebimbangan,” kata beliau dalam ucapan dalam persidangan berkenaan.

Katanya, ia memerlukan pemaju hartanah yang membayangkan model perniagaan baharu yang menggalakkan penggunaan semula bangunan dan bahan, pemikiran kitaran sepanjang hayat, operasi berprestasi tinggi, dan akhirnya anjakan jauh daripada bahan api fosil.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini