comscore
Tumpuan :
Bencana

Mangsa Banjir Di Batu Pahat Menurun

BATU PAHAT: Banjir kilat di daerah ini semakin pulih berikutan bilangan mereka yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semakin berkurangan kepada 213 orang sehingga jam 4 petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat berkata, jumlah itu membabitkan 56 keluarga di sekitar kawasan Sri Gading.

“Ia sekali gus menunjukkan penurunan berbanding 232 mangsa daripada 67 keluarga yang dilaporkan terjejas pada jam 12 tengah hari tadi.

“Semua mangsa masih ditempatkan di PPS SMK Sri Gading. Mangsa adalah penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, banjir berlaku susulan pertembungan hujan lebat bermula jam 1.30 pagi sehingga 4 pagi pada Rabu dan bertembung dengan fenomena air pasang besar yang memburukkan lagi keadaan banjir di kawasan berkenaan.

“Setakat ini, hanya satu PPS yang beroperasi dan menempatkan mangsa banjir sejak 1.30 pagi Rabu lalu. Cuaca dilaporkan cerah setakat jam 4 petang ini,” katanya.

Banjir kilat akibat hujan lebat bermula jam 1.30 pagi hingga 4 pagi Rabu lalu, diburukkan lagi dengan pertembungan fenomena air pasang besar. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini