Oleh Ain Shafiqah Zaki
PETALING JAYA: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dalam satu kajian mendapati 53, 475 kenderaan hampir 2,000 daripadanya direkodkan melanggar lampu isyarat merah.
99 peratus yang melakukan kesalahan itu adalah penunggang motorsikal.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Perubahan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya MIROS, Ts Azhar Hamzah,
isu melanggar lampu merah ini dapat diselesaikan sekiranya penunggang p-hailing membudayakan keselamatan memandangkan kenderaan motosikal secara asasnya merbahaya.
“Adanya khidmat penghantar untuk menghantar barangan makanan, isu ini lebih ketara satu sebab kita boleh kenal pasti dengan lebih jelas, ada logo. Kalau kita lihat kematian pengguna motorsikal di atas jalan raya ini tinggi hampir 70 peratus.
“Setiap tahun maknanya yang meninggal di atas jalan raya hampir 7 daripada 10 meninggal. Maknanya yang meninggal 7 daripadanya motorsikal. Jadi penunggang p-hailing termasuk dalam golongan penunggang motorsikal yang sentiasa terancam,” katanya kepada Buletin Tv9.
Menurut Presiden Persatuan Penghantar Malaysia, Zulhelmi Mansor untuk menyelami isi hati penunggang
p-hailing yang dikatakan kerap membuat kesalahan trafik khasnya dalam isu perlanggaran lampu merah.
Beliau berkata isu kesalahan trafik ini sedikit sebanyak dapat diselesaikan sekiranya kerajaan menggesa syarikat pengendali untuk menambahbaik sistem peta digital di aplikasi syarikat pengendali supaya ianya selaras dengan sistem peta sebenar.
“Isu peta digital yang tidak sama dengan jarak. Jarak peta digital tidak sama dengan jarak sebenar. Contoh peta digital ibarat pembaris. Dari jarak A ke B daripada sini ke sana dalam sistem itu dia ikut jarak pembaris. Hakikatnya realiti dia (penunggang p-hailing) perlu ikut jalan jauh,” katanya.
ENDS/