Tumpuan :
Tragedi

18 Jam Hilang, Terperangkap Dalam Perigi Buta

Disangka pergi ke rumah kawan, rupanya terperangkap dalam perigi buta sedalam 4.5 meter.

Itu nasib yang dialami seorang pemuda, Kamarulzaman Mohd Ali, 28 tahun di Damansara Alif, Johor Bahru.

Mangsa dilaporkan hilang hampir 18 jam lalu, namun ditemui terperangkap dalam sebuah perigi buta dalam kawasan belukar, di tepi Lebuhraya Pasir Gudang – Perling, kira-kira jam 5 pagi semalam.

Mangsa ditemui bapanya sebelum menghubungi polis dan pasukan bomba.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Mohd Rafie Sareng, 10 anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.20 pagi tadi.

Katanya, anggota bomba menggunakan tangga dan tali untuk membawa keluar mangsa yang dalam keadaan lemah dan berlumuran lumpur sebelum diserahkan kepada ambulans untuk tindakan seterusnya.

Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

Loading...
Terkini