Tumpuan :
Sukan

SUKMA 2022: Melaka Raih Emas Berganda Wushu Sesi Pagi

Sydney Chin Sy Xuan. – FOTO: MSN Melaka

BUKIT JALIL: Melaka raih pingat emas berganda di gelanggang wushu selepas turut mengungguli acara Taijijian Wanita.

Sydney Chin Sy Xuan gah merakam catatan 9.643 mata untuk meraih pingat emas kedua buat Melaka.

Ini penampilan keempat Sydney dalam temasya Sukma dengan pencapaian terbaik merangkul pingat perak di Perak empat tahun lalu.

“Saya tak sangka meraih pingat emas kerana dalam Sukma yang lalu saya cedera dan hanya mendapat perak. Kali Ini saya sudah sembuh dan menyertai beberapa pertandingan sebagai persediaan ke Sukma,” katanya.

Percubaan Mandy Cebbelle Chin untuk mencabar kedudukan Sydney hampir menjadi, namun dia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengutip 9.620 mata.

Sementara gangsa, tetap kejayaan cukup istimewa buat peserta Sarawak, Yong Arifah Khairul Kok apabila menjadi atlet tunggal mengenakan tudung dalam acara ini.

Yong Arifah mengumpul 9.583 mata untuk menghadiahkan pingat gangsa kepada Sarawak.

Loading...
Terkini