Tumpuan :
Sukan

SUKAN: SUKMA MSN 2022 – Menembak Tawar 6 Emas Hari Pertama

FOTO: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

SUBANG: Atlet Wilayah Persekutuan, Muhammad Hakimi Zulkifli cetus sensasi tersendiri apabil berjaya merangkul emas acara 50m Pistol lelaki individu.

Dia berjaya mengatasi dua pencabar dari Pahang, Cheah Zen Hong dan Wan Muhammad Syafiq Wan Mustaza yang terpaksa berpuas hati meraih pingat perak dan gangsa.

Hakimi merakam catatan 529 mata untuk meraih pingat emas, sementara Zen Hong dan Syafiq masing-masing mengutip 527 dan 526 mata.

“Saya memang tak jangka dapat pingat emas sebab bagi saya, saya tembak teruk dan saya fikir memang ada atlet dari Pahang yang boleh potong saya, tapi saya dapat apa yang saya inginkan selama ini.

“Saya rasa pengorbanan saya yang perlu berjauhan dengan keluarga untuk berlatih di Cheras berbaloi,” katanya.

Dalam pada itu, Pahang berjaya menebus kekecewaan acara individu dengan memenangi acara berpasukan.

Zen Hong dan Syafiq, disertai Muhammad Adib Abu Hassan Ashairi berjaya melakar catatan 1,570 mata untuk merangkul emas.

Perak di tempat kedua dengan

1,544 mata manakala Wilayah Persekutuan meraih gangsa.

 

FOTO: Majlis Sukan Wilayah Persekutuan

Acara 25m Sports Pistol wanita berpasukan, emas dimenangi Johor menerusi Khairunnabiha Baharin, Mumtazah Syahiidah Shamsuri dan Nurul Syasya Nadiah Mohd Ariffin.

Mereka merakam catatan 1,662 mata, mengatasi pasukan Perak di tangga kedua, sementara Pahang dengan pingat gangsa.

Acara 10m Air Rifle waniat, Shaveena Mei Vejayan dari Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas.

Sementara dalam acara berpasukan, pingat emas menjadi milik Negeri Sembilan yang melakar catatan 1,842.9 mata

Loading...
Terkini