Tumpuan :
Negeri

Baju Dan Cebisan Tulang Ditemui Di Kawasan Runtuhan Kuari

IPOH: Eskavator bersama cebisan baju dan tulang ditemukan hari ini di lokasi dua mangsa dikhuatiri tertimbus dalam kejadian kuari runtuh di Keramat Pulai, Simpang Pulai di sini, Mac lalu.

Pengarah Bomba Perak, Azmi Osman mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi hari ini.

“Kita sudah menjumpai satu bangkai jengkaut pada 11.45 pagi tadi, kemudian setengah jam kemudian pencarian di kawasan sekitar turut menemui cebisan baju dan rangka.

“Kita menemui bangkai jengkaut serta cebisan baju dan tulang pada kedalaman 10 hingga 15 kaki (3 hingga 4.5 meter), kira-kira 75 kaki (22.9 meter) dari jarak titik pencarian sebelum ini,” katanya.

Azmi berkata, bagaimanapun setakat ini, masih belum dapat dipastikan cebisan baju dan tulang berkenaan adalah milik siapa.

Operasi penemuan membabitkan Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

“Selepas penemuan berkenaan kita menggerakkan operasi bagi mencari satu lagi bangkai jengkaut yang tertimbus dalam insiden terbabit,” katanya. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini