Tumpuan :
Negeri

141 Lokasi ‘Hotspot’ Banjir Dikenalpasti – APM

Foto: APM Johor – Anggota APM Johor giat menjalani latihan menyelamat mangsa sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh dijangka berlaku pada bulan depan.

Oleh Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor mengenalpasti 141 lokasi hotspot banjir di negeri itu menjelang musim tengkujuh yang dijangka melanda bermula bulan depan hingga Mac 2023.

Pengarahnya, Kamal Mokhtar berkata pihaknya telah membuat persiapan rapi bagi membantu menyelamat mangsa.

“Seramai 1,000 anggota dan pegawai di seluruh negeri berada Dalam keadaan siap siaga untuk dikerahkan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Uji Lari Siren Sistem Awam di Pejabat APM Daerah Johor Bahru, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan penilaian yang dijalankan mendapati semua daerah termasuk Tangkak dan Segamat berpotensi mengalami banjir.

“Kita akan cuba memaksimumkan penggunaan peralatan sedia ada bagi membantu mangsa,” ujarnya.

Selain APM, beberapa agensi lain akan turut bekerjasama bagi menghadapi musim tengkujuh akan datang.

Loading...
Terkini