comscore
Tumpuan :
Nasional

Tanah Pajak Bertukar Tempat Pelupusan Haram

Oleh : Izzatie Rizan

KAJANG: “Nak jual tanah mungkin tak laku kerana terletak di kawasan terpencil dan jauh ke dalam”

Demi meraih wang segera pemilik tanah sanggup memajak tanah untuk dijadikan tapak pelupusan sampah haram.

Taktik yang dipercayai dilakukan segelintar pemilik tanah itu menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan air di beberapa kawasan utama di Kajang, Selangor.

Kawasannya terpencil jauh daripada kesibukan orang awam dipercayai menjadi pilihan syarikat pelupusan sampah haram.

Pihak terbabit dipercayai menyogok pemilik tanah dengan habuan lumayan.

Namun saat tembelang pecah dihidu pihak berkuasa, si pemilik tanah pula kononnya tidak tahu-menahu dan memberi alasan tanah diceroboh.

Bagi mengesahkan dakwaan berkenaan, tinjauan dilakukan di beberapa tempat pembuangan sampah haram di daerah ini.

Pemandu lori sampah ditemui berkata mereka mengenali pemilik tanah berkenaan.

“Kadang-kadang saya datang tempat ni. Mereka kira RM23 hingga RM30. Saya tahu mereka buat salah, saya tengok dekat sebab itu saya datang,” katanya.

Siapa sangka lokasi kolam air panas yang terperosok di dalam, rupa-rupanya turut dijadikan tapak pelupusan haram.

Lebih menyedihkan sampah dibuang berdekatan sungai, kawasan itu juga pernah berlaku bah banjir baru-baru ini.

Tapak pelupusan haram yang juga lokasinya jauh ke dalam kini sudah merebak dan semakin luas menghampiri kawasan perumahan penduduk.

Meskipun tapak berkenaan sudah berkali-kali disita Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), alasan sama diberikan iaitu tanah mereka diceroboh.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Kajang, Najmuddin Jemain tindakan kompaun dan sita telah dilakukan sebelum ini.

“Kita dah ambil tindakan tapi tindakan itu kurang popular. Ia bukanlah satu maklumat yang viral apa kepentingan lori yang kena tahan? Untuk diketahui oleh orang ramai? Ia bukan satu maklumat yang mempunyai publisiti populariti mungkin menarik perhatian orang untuk itu saya kata kita perlu kesedaran itu dibangkitkan kita perlu cuba dan cuba.

Katanya meskipun MPKJ memberikan ganjaran wang ringgit kepada orang awam yang melaporkan sebarang aktiviti pelupusan sampah haram namun kesedaran itu masih kurang.

Beliau mencadangkan tindakan tegas perlu dikenakan kepada pemilik tanah yang tanahnya berulang kali disita.

“Di pihak PBT, saya sendiri syorlam supaya kita letak satu tanda amaran keras yang mana bagi pemilik tanah mengawal, memagar tanah mereka.

“Ia sebagai justifikasi penuh untuk tanah dirampas sebab jika tidak menunjukkan ketegasan disitu maka pemilik tanah juga tidak ambil apa-apa tindakan malah hanya sambil lewa.

Sejak Januari 2021 sehingga semalam sebanyak 106 lori telah disita MPKJ dengan 9 kawasan tumpuan dikesan berlakunya tapak pelupusan haram yang ada diantaranya sampah setinggi sembilan tingkat.

Loading...
Terkini