Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dilaporkan meninggal dunia jam 10 pagi tadi di kediamannya di Kampung Tunku, Petaling Jaya, Selangor.
Allahyarham yang juga mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Tanah Perkuburan Kota Damansara untuk pengebumian setelah dimandi, dikafan serta disolatkan di Masjid Kampung Tunku.
Tan Sri Wan Mohd Zahid menjawat tugasan sebagai Ketua Pengarah Pelajaran pada tahun 1993 sehingga 1997 dan pernah menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan selama 2 tahun sejak 2010.