comscore
Tumpuan :
Nasional

Spesis Ikan Di Sungai Pahang Diancam Kepupusan

Oleh Fazli Ahmad

JERANTUT: Pelbagai spesis ikan air tawar yang popular di Sungai Pahang seperti ikan patin, krai dan kelah kini di ambang kepupusan.

Ia akibat ancaman ikan baung ekor merah, pemangsa berasal dari Sungai Mekong, Vietnam yang kini membiak di sungai itu.

Sinonim dengan pelbagai spesis ikan air tawar, Sungai Pahang nyata cukup terkenal dalam kalangan pemancing mahupun nelayan.

Selain penternakan ikan sangkar, sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia itu turut menjadi tumpuan memancing, memasang taut serta menjala.

Manakan tidak, habuan ditawarkan sungai itu antaranya ikan kelah, patin buah dan krai bernilai tinggi mencecah RM500 ringgit seekor.

Namun ia kini terancam berikutan kewujudan spesis baung ekor merah yang kini membiak secara berleluasa di sepanjang Sungai Pahang.

Menurut Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, seramai 610 nelayan sungai dari daerah itu terjejas pendapatan dengan kehadiran spesies itu.

“Mungkin ada orang bawa ternak dalam kolam atau dalam sangkar kerana banjir kolam pecah sangkar ikan masuk dalam Sungai Pahang dan dia makan semua jenis ikan sebab itu kita tengok sekarang ini saya bimbang antara penyebab utama ikan utama Sungai Pahang seperti kelah, patin, lampan, krai temoleh terancam,” katanya selepas menutup program ‘Moh Buru Baung Ekor Merah’ di Jerantut Feri Waterfront, semalam.

Justeru inisiatif menghapuskan ikan pemangsa itu diambil melalui penganjuran pertandingan memburu baung ekor merah.

Hasilnya berpuluh ikan pemangsa ini ditangkap.

Bentuk, warna dan saiz baung ekor merah hampir sama dengan baung tempatan namun dapat dibezakan dengan warna merah pada ekornya.

Loading...
Terkini