Oleh Ima Liana Esa
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM)mengumumkan pelantikan Datuk Pkharuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) yang ke 19 berkuat kuasa pada 23 September.
Pelantikan itu diumumkan KPM menerusi satu kenyataan hari ini. Datuk Pkharuddin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan telah memulakan perkhidmatan dalam dunia
pendidikan sejak tahun 1989 sebagai guru di Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam tempoh 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai organisasi dalam KPM. Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Penolong Pengarah Sektor Penilaian dan Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan,Pengetua di SMK Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan, KetuaSektor Penilaian dan Peperiksaan, Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Timbalan Pengarah serta Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Peperiksaan di Lembaga Peperiksaan dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum).
Sebelum ini jawatan KPPM digalas Datuk Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara Julai lalu.