Tumpuan :
Nasional

Pemuliharaan Stadium Merdeka Imbau Nostalgia 1957

Oleh Juliana Ismail

KUALA LUMPUR: Pemuliharaan Stadium Merdeka menyaksikan bangunan bersejarah itu dikembalikan sepenuhnya kepada keadaan asal 65 tahun lalu.

Ia sekaligus membangkitkan semula memori kemerdekaan tanah air.

Malah generasi muda berpeluang merasai sendiri pengalaman saat kemerdekaan dilaungkan.

Stadium Merdeka akan kembali seperti 65 tahun dahulu

Proses pemuliharaan ini dilaksanakan PNB Merdeka Ventures dengan kerjasama Badan Warisan Malaysia dan Jabatan Warisan Negara bermula dari 2008.

Kos untuk membangunkan semula stadium warisan ini menelan belanja RM13.7 juta.

Antara usaha yang dilakukan dengan merobohkan 25,000 tempat duduk tambahan yang dibina sempena Sukan SEA 1989 kepada 20,000 unit seperti mana kapasiti asalnya.

Selain itu trek larian lama akan dibuang dan padang bola sepak akan dipasang semula.

Turut dibina semula papan pemapar dengan rekaan asal.

Kerja pemuliharaan ini sekaligus menepis salah faham sesetengah pihak yang beranggapan tapak warisan itu telah dirobohkan
bagi memberi laluan kepada projek pembinaan Merdeka 118.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures, Datuk Tengku Ab Aziz Tengku Mahmud mercu tanda bersejarah ini telah dikekalkan dan dipelihara bagi kegunaan generasi akan datang.

“Tapak warisan ini amat bermakna, kerana sejarah Malaysia bermula di sini. Ia juga merupakan lambang dan simbol kemerdekaan buat negara kita. Sebagai pemilik Stadium Merdeka, pihak PNB komited untuk memastikan ia diselenggara dengan baik dan dapat mengeratkan hubungan masyarakat melalui acara sukan dan hiburan. Usaha pemuliharaan Stadium Merdeka telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO melalui Anugerah Kecemerlangan UNESCO untuk Program Pemuliharaan Warisan Budaya pada tahun 2008,” katanya.
 
Sebagai pemilik Stadium Merdeka sejak dua dekad lalu, PNB akan memastikan ia diselenggara dengan baik apabila dibuka kelak.

Ia juga dapat mengeratkan hubungan masyarakat melalui acaran sukan dan hiburan.

Menerusi usaha pemuliharaan yang dilaksanakan, Stadium Merdeka telah meraih Anugerah Kecemerlangan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu UNESCO 2008.

Stadium ini akan dibuka pertengahan tahun depan dan dijangka menjadi pusat tumpuan masyarakat.

Ia bakal menarik 1 juta pengunjung dengan pelbagai program dan aktiviti rekreasi akan dijalankan semula.

Bukan hanya tertumpu kepada acara besar seperti penganjuran sukan dan konsert, malah turut dibuka untuk aktiviti riadah.

Loading...
Terkini