Oleh Juliana Ismail
PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) terkejut dan kecewa dengan penangguhan pelaksanaan akta kerja yang sepatutnya dikuatkuasa 1 September ini.
Ia disifatkan tidak wajar dan tidak adil kepada pekerja yang sentiasa menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
“Semua pihak berkepentingan sepatutnya sedar cabaran ekonomi dihadapi golongan pekerja berpendapatan rendah dan sederhana, khususnya di sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) masih dibebani kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga barangan. Selain itu, pekerja dari sektor tidak formal juga berhempas pulas bekerja dengan gaji tidak menentu’ kata Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden MTUC
Beliau menambah pekerja dari sektor tidak formal juga berdepan gaji tidak menentu malah penangguhan ini akan memberi kesan terhadap lebih 16.5 juta pekerja di Malaysia.
MTUC akan mengadakan mesyuarat Majlis AM khas untuk meneliti dan membincangkan penangguhan akta kerja.