Tumpuan :
Nasional

MOE Sedia Tangani Isu Kekurangan Silibus MA63 Dalam KBSM

Foto: NST

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk menangani isu kurangnya pendedahan mengenai sejarah Pembentukan Malaysia dalam silibus mata pelajaran Sejarah Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, penyelesaian terhadap itu itu akan membolehkan asas pembentukan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lebih difahami sekaligus mengelakkan ketidakfahaman generasi muda mengenai perkara terbabit.

“Tadi semasa kita tanya berapa ramai yang tahu mengenai MA63, majoritinya tidak tahu sebab di dalam kelas di sekolah menengah memang perihal Penubuhan Malaysia tidak banyak dibincangkan.

” Apa yang lebih banyak dibincangkan adalah mengenai cerita Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan Penubuhan Malaya 1957 yang banyak tetapi perihal Penubuhan Malaysia 1963 sedikit sahaja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program kesedaran perjanjian Malaysia 1963 bersama pelajar Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS di Kota Samarahan.

Menurut Maximus, kajian mengenai perkara itu sedang dilakukan oleh komuniti Undang-Undang Sabah tentang perkara-perkara dalam MA63 itu yang boleh dimasukan dalam silibus tersebut.

Perbincangan sama juga dilakukan dengan komuniti pendidikan di Sarawak bagi meneliti intipati yang menjadi asas kepada MA63 dalam silibus berkenaan mengikut perspektif tiga wilayah yang membentuk Malaysia.

Tambah beliau, isu berkenaan sudah dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet dan sudah dipersetujui.

Proses perbincangan bersama KPM juga sedang dilaksanakan bagi memasukkan lebih banyak silibus berkaitan sejarah proses Pembentukkan Malaysia dalam KBSM.

“Kita sudah membangkitkan isu ini dan Kementerian Pendidikan telah menyatakan kesudian menangani isu terbait,” katanya.

Loading...
Terkini