KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam usaha menghentikan kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
Susulan itu, portal aduan buli disediakan sebagai usaha menambah baik pendekatan memerangi buli di sekolah.
Dalam hantaran di Facebook, KPM menggariskan kategori pelakuan buli sebagai langkah awal panduan kesedaran kepada murid.
Ia meliputi lima kategori iatu peras ugut, memulau, fizikal, lisan dan isyarat bukan lisan seperti jelir lidah dan jegil mata.
Susulan itu KPM menasihati pelajar yang menjadi mangsa tidak gentar untuk tampil membuat laporan segera.
Selain itu, konsep Sekolahku Sejahtera yang memberi penekanan kepada 14 elemen berteraskan nilai murid yang diterapkan secara semula jadi dalam kehidupan harian warga sekolah khususnya murid.