Tumpuan :
Nasional

Fasa Ke-2 Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) Akan Diteruskan

KUCHING: Kerajaan akan meneruskan Fasa Ke-2 Projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) yang akan menghubungkan Miri ke Limbang dan Lawas tanpa perlu melalui Brunei.

Projek berkenaan yang sejauh 326 kilometer bermula dari Simpang Gelugus, Miri ke Long Lopeng di Lawas akan menghubungkan Mulu hingga Long Merarap melibatkan peruntukkan berjumlah RM7.68 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Berkata, pembinaan laluan berkenaan dijangka bermula awal tahun depan melibatkan melibatkan peruntukkan berjumlah RM7.68 bilion.

“Kerajaan turut menambah baik jaringan jalan raya sedia
ada antara Miri ke Limbang dan Lawas melalui Brunei di
bawah Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB), melibatkan
kerja-kerja naik taraf sepanjang 96.351km bagi tempoh tiga
tahun dengan kos berjumlah RM2.93 bilion,” katanya.

Katanya projek-projek berkenaan akan menjadi limpahan ekonomi setempat khususnya peniaga kecil yang berniaga di Pasar Tamu Berkenu Miri.

Menurut Datuk Seri, Ismail Sabri, menerusi Rolling Plan Kedua tahun 2022 dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) pula, Kerajaan persekutuan memperuntukkan sebanyak RM4.55 bilion bagi Pembangunan di negeri itu

“Selain itu, bagi menjamin keselesaan dan kemudahan generasi masa hadapan, peruntukan sebanyak RM5.77 bilion telah disediakan di bawah RMKe-12 bagi membangunkan dan menaik taraf sekolah serta institusi pendidikan di Sarawak.

“Daripada 409 buah projek pembangunan baharu dan sambungan, sebanyak 111 buah projek kini siap sepenuhnya, 109 buah projek di peringkat pelaksanaan atau pembinaan dan 189 buah projek berstatus prabina,” katanya.

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak komited dalam menyediakan kemudahan jalur lebar kepada rakyat negeri ini melalui Program Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menerusi program berkenaan, kerajaan katanya RM4.09 bilion di bawah RMK12 bagi memastikan capaian jalur lebar secara menyeluruh kepada rakyat Sarawak menjelang 2030.

“Baru-baru ini satelit kelapan negara, MEASAT-3d dengan kos sekitar RM1.2 bilion telah dilancarkan bagi meningkatkan kelajuan capaian internet sedia ada, sekaligus merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar,” Katanya.

Beliau dalam pada itu turut Optimis Sarawak mampu mencapai sasarannya untuk menjadikan negeri maju menjelang 2030.

Loading...
Terkini