comscore
Tumpuan :
Nasional

Buaya Katak Terperangkap Dalam Longkang Depan Rumah Penduduk

BETONG: Seekor buaya katak sepanjang 2.4 meter ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong selepas terperangkap dalam longkang berhadapan rumah seorang penduduk di Kampung Tuie, Spaoh di sini, malam tadi.

Pegawai APM Daerah Betong Leftenan Muda (PA) Desem Sameul berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan sang bedal terbabit daripada penduduk dikenali sebagai Dayang Syamimie pada jam 9.55 malam.

“Empat anggota Skuad Alpha APM Betong bergegas ke rumah pengadu di kampung itu.

“Reptilia terbabit dapat ditangkap melalui kaedah menjerut dalam tempoh kira-kira sejam setengah,” katanya.

Menurut Desem, Dayang Syamimie mendakwa, buaya itu sering menampakkan diri di dalam longkang berkenaan.

Pada masa sama, katanya, Dayang Syamimie mendakwa kucing peliharaannya turut dibaham buaya itu.

“Buaya katak terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk proses selanjutnya,” katanya. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini