Tumpuan :
Jenayah

Dua Suspek Kes Samun Klinik Pergigian Ditahan

Polis menahan dua lelaki Melayu berusia 30 dan 32 tahun dipercayai terlibat dengan kejadian samun di sebuah klinik pergigian di Kuala Lumpur.

Polis menahan suspek di sekitar Wangsa Maju dan merampas kereta serta sebilah parang yang disyaki digunakan dalam kejadian tersebut.

Hasil semakan, kedua-dua suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Suspek telah ditahan reman selama 6 hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata kejadian berkenaan berlaku di Klinik Pergigian di Taman Melati Kuala Lumpur pada 26 Jun, kira-kira jam 6.30 petang.

Polis masih mengesan dua lagi rakan sejenayah suspek yang masih bebas.

Video yang dirakam kamera litar tertutup di premis terbabit menunjukkan tiga lelaki yang bersenjatakan parang telah masuk ke premis dengan menyamar sebagai pelanggan.

Suspek telah mengambil beberapa barang berharga milik mangsa dan klinik sebelum melarikan diri.

Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini