comscore
Tumpuan :
Dunia

6.2 Juta Penduduk Sri Lanka Hadapi Masalah Kekurangan Makanan

Foto: Reuters

COLOMBO, Sri Lanka: Lebih 6.2 juta penduduk di Sri Lanka menghadapi masalah kekurangan makanan dan keadaan itu dijangka bertambah buruk jika tidak ditangani segera.

Agensi berita Sputnik melaporkan, jumlah itu merangkumi 28 peratus penduduk manakala 66,000 orang lagi mengalami krisis makanan yang teruk.

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Program Makanan Sedunia (WFP), isu keselamatan makanan di negara itu mungkin terus merosot.

Antara punca utama ialah kekurangan barangan import, kenaikan harga barangan, masalah peluang pekerjaan dan hasil tanaman yang semakin sedikit.

PBB menjangkakan keadaan di Sri Lanka akan bertambah buruk antara Oktober 2022 sehingga Februari 2023.

Krisis kewangan yang dialami Sri Lanka ketika ini disifatkan paling teruk sejak negara itu mencapai kemerdekaan pada 1948.

Antara bahan kritikal yang paling teruk terjejas di negara itu termasuk bekalan bahan api untuk kenderaan dan gas memasak.

Loading...
Terkini