comscore
Tumpuan :
Bencana

Empat Kawasan Di Batu Pahat Dilanda Banjir Kilat

Oleh Zahir Senapiah.

BATU PAHAT : Empat kawasan di sini dilanda banjir kilat dengan ada rumah penduduk dinaiki air lebih 0.5 meter susulan pertembungan hujan lebat dan fenomena air pasang besar bermula jam 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun tiada penduduk diarahkan berpindah.

Menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Awam Johor, antara kawasan yang terlibat ialah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading dan Pekan Seri Gading dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Parit Raja.

“Banjir kilat itu berpunca pertembungan hujan lebat dengan fenomena air pasang besar” katanya.

Sementara itu pasukan bomba menyelamatkan 4  mangsa yang terperangkap dalam banjir.

Komander Operasi Balai Bomba Penggaram, Shahrul Nizam Sadri berkata, operasi membabitkan sebuah jentera dengan 8 anggota di Kampung Sengkuang, selepas pihaknya menerima panggilan jam 3.57 pagi tadi.

Mangsa terdiri daeipada seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, dua wanita dan seorang bayi.

Mangsa dipindahkan ke kediaman ahli keluarga terdekat mereka.

Loading...
Terkini