comscore
Tumpuan :
Sukan

Ten Hag bandingkan pasukannya dengan skuad Ferguson 

FOTO: Reuters

MANCHESTER: Ten Hag mempertahankan keputusannya untuk mengeluarkan Rasmus Hojlund dan Kobbie Mainoo selepas 65 minit menentang Burnley pada Sabtu lalu yang menyaksikan tindakannya itu dicemuh penyokong sendiri.

“Ia perlawanan yang sengit, yang ketiga berturut-turut buat kami dalam tempoh singkat, dan Burnley mempunyai tempoh rehat lebih lama, jadi memang logik untuk membawa masuk pemain-pemain yang sangat muda dan pada tahun pertama mereka di Liga Perdana Inggeris – dan saya masih belum menyentuh berkenaan risiko kecederaan.

“Rasmus Hojlund dan Kobbie Mainoo cedera, jadi saya terpaksa melindungi mereka. Saya faham peminat mahu melihat kemahiran pemain-pemain itu tetapi saya perlu menjalankan tugas saya. Ia keputusan tepat,” katanya

Tambah Ten Hag, dia mahu penyokong lebih bersabar selepas  Red Devils merekrut pemain-pemain lebih muda pada musim panas lalu.

Ten Hag turut membandingkan skuad mudanya dengan skuad 2004-05 yang menampilkan barisan pemain muda seperti Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.

Skuad Alex Ferguson yang dalam fasa pembangunan itu menamatkan saingan liga di tempat ketiga, muncul naib juara Piala FA dan mara ke separuh akhir Piala Liga.

“Mereka lupa, 2004-04, mereka juga tidak bermain dengan hebat. Masih dalam proses pembangunan dan ia mengambil masa, malah pemain-pemain yang ada dalam pasukan ketika itu juga bergelut. Anda memerlukan masa untuk maju,” tegas  pengendali dari Belanda itu.

Berbaki empat perlawanan United kekal di tempat ke-6 mengumpul 54 mata, satu mata di depan Newcastle dalam perebutan tempat ke Liga Europa musim depan

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini