comscore
Tumpuan :
Sukan

SPRM rakam percakapan 14 saksi projek NTC FAM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam percakapan 14 saksi dan memeriksa 10 premis berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggarkan berjumlah RM25 juta.

Siasatan tersebut turut melibatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Hasil siasatan ke atas projek pembinaan NTC, mendapati peruntukan yang dikeluarkan adalah dari sumber Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

“Sebanyak tujuh kontraktor telah dipanggil untuk menyertai tender tersebut di mana tiga syarikat telah disenarai pendek berdasarkan keupayaan dan tawaran yang ditetapkan dan mengikut spesifikasi FIFA,” kata satu sumber hari ini.

Tambah sumber berkenaan, ketiga-tiga syarikat telah dikemukakan kepada FIFA yang bermesyuarat pada 8 April lalu dan telah melantik sebuah syarikat untuk melaksanakannya.

Ujarnya, status semasa adalah penyediaan dokumen perjanjian kontrak oleh FAM hasil daripada keputusan pemilihan yang dibuat sendiri oleh FIFA.

Tambah sumber, siasatan kes FAM telah hampir siap dan akan dikemukakan kepada pengarah bahagian perundangan dan pendakwaan untuk kajian dan keputusan.

“Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang penyelewengan dan rasuah dalam kes berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan bahawa siasatan menyeluruh telah dilaksanakan berhubung perkara ini.

“Sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Pesuruhjaya, pihak SPRM hanya memfokuskan kepada isu-isu kesalahan di bawah Akta SPRM 2009, namun menyerahkan kepada bahagian pendakwaan untuk sebarang keputusan lanjut,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini