comscore
Tumpuan :
Sukan

Malaysia juara Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China

Peserta pasukan Malaysia (jersi kuning) ketika Siri Golf Hubungan Diplomatik ke-50 Malaysia-China, di Impian Golf & Country Club. – FOTO: NSTP

KAJANG: Seramai 100 peserta menyertai Siri Golf Hubungan Diplomatik Malaysia-China hari ini yang dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China yang menyaksikan Malaysia muncul  juara.

Berlangsung di Impian Golf & Country Club, pada siri kedua kali ini, Malaysia mengatasi China 174 mata berbanding lawan, 167 mata.

Pada pusingan pertama di The Mines Resort & Golf Club, Februari lalu, Malaysia dan China berkongsi kejuaraan.

Kapten pasukan Malaysia, Nik Saiful Nik Mokhtar berkata, kemenangan itu nyata berbaloi apatah lagi pasukan sudah melakukan persiapan rapi termasuk menjalani latihan secara bersama di lapangan.

“Sudah tentu kami berpuashati dan gembira. Saya fikir perlawanan hari ni sangat menarik, cuaca sekejap panas dan ada seketika hujan dan ia memberikan kami semua satu pengalaman yang berbeza.

“Jadi ia sesuatu yang menarik buat semua pemain dan saya harap di pusingan ketiga nanti, semua pemain dapat meningkatkan keupayaan diri atau ada lebih lagi pembabitan pemain wanita serta remaja,” kata Nik Saiful.

Saingan ini turut mendapat perakuan Persatuan Golf Malaysia (MGA) serta sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan serta Tourism Malaysia.

The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP pula selaku media rasmi pertandingan ini menerusi akhbar New Straits Times (NST), Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM).

Turut hadir pada majlis penyampaian hadiah adalah Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim dan Pengarang Eksekutif NST, Sharanjit Singh.

Selain trofi kejuaraan, pertandingan ini yang mendapat tajaan daripada pelbagai syarikat industri kecil sederhana (IKS) Malaysia dan China, turut diserikan dengan hadiah tiga pemain terbaik kategori gross, Medal A serta B dan pemain terbaik wanita.

Mohammad Hisham Sarjeet mempertahankan kemenangan dimenanginya dalam kategori gross.Untuk kategori Medal A (handicap 1-18) pula dimenangi pemain Malaysia, Jeffery Loh.

Pusingan ketiga kejohanan dijadual berlangsung di Sungai Long Golf & Country Club (SLGCC) pada 23 Jun ini sebelum Templer Park Golf Club menjadi venue seterusnya (24 Ogos).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini