comscore
Tumpuan :
Sukan

Legenda Manchester United, Liverpool hiburkan penyokong di SNBJ

BUKIT JALIL: Peminat bola sepak Manchester United dan Liverpool mengubati kerinduan aksi legenda mereka apabila menyaksikan pertembungan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional malam ini.

Kira-kira 10 ribu penyokong yang mengenakan jersi merah berada di SNBJ terhibur mengikuti 80 minit perlawanan.

Barisan bekas pemain Manchester United diwakili Dwight Yorke, Dimitar Berbatov, Mikael Silvestre, Eric Djemba-Djemba, Teddy Sheringham, David May dan ramai lagi.

Sementara David James, Emile Heskey, Jermaine Pennant, Luis Garcia, Patrick Berger, John Arne Riise, Steve McManaman antara yang turun memperkuat pasukan.

Trofi kejuaraan menjadi milik Legenda Liverpool yang menerusi kemenangan 4-2.

Djibril Cisse melakar hatrik hasil penyudah minit (m) ke-16, serta penalti m-44 dan m-51 sebelum Florent Sinama Pongolle menambah gol keempat m-75.

Dimitar Berbatov dan Danny Webber masing-masing mencatat nama sebagai penjaring m-17 dan m-39.

Pertarungan legenda Manchester United dan Liverpool ini dibawakan oleh Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) dengan kerjasama syarikat swasta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini