comscore
Tumpuan :
Sukan

Indonesia mahu lakar sejarah ‘besar’ di Doha

FOTO: AFC

DOHA: Indonesia bertekad meneruskan kemaraan ke kemuncak saingan Piala Asia B-23 dengan mengejutkan Uzbekistan pada aksi separuh akhir di Stadium Abdullah Bin Khalifa malam ini.

Kewibawaan skuad bimbingan jurulatih Korea Selatan Shin Tae Yong kini hangat diperkatakan selepas mengenepikan negaranya pada suku akhir menerusi penentuan sepakan penalti 11-10 setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Bagaimanapun Tae Yong mengakui Uzbekistan bukan calang-calang pasukan yang mudah dijinakkan.

“Saya ke stadium melihat pertemuan Uzbekistan-Arab Saudi, rumusan saya ialah Uzbekistan pasukan yang sangat bagus, miliki kekuatan jitu, mempunyai perancangan dan pemain yang berdisiplin.

“Selepas perlawanan baru saya faham mengapa mereka setakat ini telah mengumpul 12 jaringan tanpa bolos.

“Perkara penting yang dapat saya lihat kepantasan mereka menukar gerak sama ada ketika menyerang dan bertahan, inilah yang menyebabkan mereka antara yang kuat dalam kejohanan.

“Memang kami akan berdepan tugas sukar, tetapi kami berada dalam keadaan baik dan berharap dapat keputusan terbaik,” ujar Tae Yong.

Tae Yong berkata, sebelum menentang Korea Selatan, pada fikirannya Indonesia berpeluang untuk peringkat seterusnya kerana memiliki kelebihan masa rehat.

Bagaimanapun Tae Yong terpaksa menerima hakikat tiada lagi kelebihan itu apabila  pasukannya terpaksa mengerah segala tenaga sebelum menewaskan Korea dan kini pemain memerlukan lebih masa untuk pulih.

Bekas jurulatih skuad Piala Dunia Korea Selatan itu juga tidak  memandang ringan tahap kecergasan Uzbekistan.

Bagi Tae Yong selepas mencapai tahap ini, kekuatan mental turut  memainkan peranan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini