comscore
Tumpuan :
Nasional

Puasa Bermula Ahad, 3 April

PETALING JAYA: Bermulalah ibadat puasa bagi seluruh umat Islam Malaysia pada Ahad, 3 April ini.

Pengumuman itu dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Ramadan tahun ini pastinya berbeza apabila banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) diberikan tatkala negara berada dalam fasa peralihan endemik.

Loading...
Terkini