comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] SPRM siasat seorang pemimpin kanan di utara

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki telah melantik beberapa syarikat mempunyai kepentingan dengannya.

Menerusi maklumat yang dikongsikan sumber memaklumkan siasatan itu menjurus beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Juga dikesan, pemimpin berkenaan disyaki melantik beberapa syarikat mempunyai kepentingan dengan anaknya bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelengaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta.

“Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan dari Januari 2023 hingga Mac 2024 dan syarikat-syarikat tersebut turut disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu bagi kerja-kerja tersebut selain diberikan komisen kira-kira lima peratus daripada nilai projek.

“Setakat ini sebanyak 15 buah syarikat telah dikenal pasti dikawal oleh anak pemimpin tersebut dan antara kerja-kerja yang dilakukan adalah melibatkan pembekalan air mineral serta pembekalan hamper dan cenderahati,” kata sumber tersebut.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini