comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM berkata, suruhanjaya itu cuba menghubungi dua lelaki terbabit yang juga seorang ahli perniagaan dan peguam, secara terus dan menerusi peguam masing-masing.

FOTO: NSTP

Namun, namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu.

Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia.

Datuk Muhammad Adlan adalah menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), manakala Mansoor adalah seorang peguam.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Nur Muhammad Amin Jamaluddin menerusi telefon 603-8870 0799 atau 016-4322 699 atau emel kepada [email protected].

Muhyiddin pada Februari lalu menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyifatkan tuduhan itu fitnah berniat jahat yang sengaja direka untuk mencalar maruah beliau dan keluarga.

Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi Perdana Menteri, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak NIIS kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.

Sistem NIIS dilapor dicadangkan Muhyiddin ketika menjadi Menteri Dalam Negeri di bawah kerajaan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, selepas Sistem Kawalan Imigresen Nasional dibatalkan Muhyiddin akibat kos tinggi.

Kos NIIS dianggarkan sekitar RM1.2 bilion, kira-kira 66% kurang daripada kos projek terdahulu yang bernilai RM3.5 bilion.

Loading...
Terkini