comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah Terbuka Aidilfitri medan kukuh perpaduan – Hajiji

Datuk Seri Hajiji Noor ketika menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Merotai, Tanjung Batu, Kukusan dan Sebatik di sini hari ini. FOTO: Ihsan Datuk James Ratib / Facebook

TAWAU: Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri menjadi medan mengukuhkan perpaduan yang lebih jitu dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada rumah terbuka dapat mewujudkan interaksi bersemuka dan beramah Mesra.

“Dijangka lebih 10,000 orang hadir memeriahkan sambutan Aidilfitri ini, rumah terbuka ini adalah sesuatu yang biasa kita lakukan setiap tahun untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat kita di sini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka anjuran Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Balung, Apas, Sri Tanjung, Merotai, Tanjung Batu, Kukusan dan Sebatik di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat dalam pada itu menekankan kepentingan menyantuni golongan kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka menikmati hidup yang lebih baik.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 80 Orang Kurang Upaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini