comscore
Tumpuan :
Nasional

Konflik keluarga Syed Mirza ‘Lelaki Itu’ malam ini disasar rekod 4 juta penonton

PETALING JAYA: TV3 menyasarkan episod akhir drama rantaian, Lelaki Itu pada jam 10 malam ini, akan meraih lebih empat juta penonton.

Drama yang mengisi slot Samarinda siaran TV3, mengangkat kisah konflik keluarga Syed Mirza tampil dengan 29 episod, telah mencipta fenomena tersendiri.

Dalam kenyataan TV3 memaklumkan setakat ini, drama Lelaki Itu merekodkan capaian 1.13 bilion dalam media sosial selain maklum balas positif daripada penonton.

Ini disebabkan drama Lelaki Itu membawa jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan kandungan yang memberi kesedaran terutama dalam isu faraid.

Drama Lelaki Itu adalah hasil karya penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima serta arahan Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif.

Drama ini dibarisi pelakon terkemuka seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Al-Barakbah.

Drama Lelaki Itu menjadi bualan hangat dalam media sosial sepanjang bersiaran di TV3 dan turut menjadi drama nombor satu di platform penstriman, Tonton.

Lelaki Itu berkisar Syed Mirza lakonan Adi sudah berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim), iaitu wanita kaya berpengaruh.

Mereka dikurniakan tiga anak perempuan, namun, kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti diidamkan.Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua rumah tangga kerana statusnya yang tinggi dan membuatkan Syed Mirza rasa terkongkong.

Keluarga Qaidah semakin berpecah belah selepas apa yang berlaku ke atas mereka.

Tekanan Qaidah juga semakin bertambah apabila dia sukar menuntut harta sepencarian kerana suaminya sudah meninggal dunia.

Dapatkah keluarga ini bersatu semula?

Ketahui kesudahannya menerusi episod akhir Lelaki Itu menerusi slot Samarinda pada jam 10 malam di TV3 dan strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini