comscore
Tumpuan :
Nasional

Amaran denggi musim tengkujuh

GERGETOWN: Kementerian Kesihatan (KMM) mendapati terdapat trend peningkatan demam denggi bawaan nyamuk itu pada musim tengkujuh  di negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Justeru KKM menggesa rakyat di negara ini mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko peningkatan kes demam denggi pada musim tengkujuh.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata,  penduduk  mesti prihatin perkara itu  dan lebih rajin menjaga persekitaran masing masing kerana dalam  musim tengkujuh, ada kawasan air bertakung dan sebagainya mengakibatkan  trend penyakit denggi juga meningkat.

“Jika terdapat gejala tolonglah pergi mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dr Zaliha menegaskan, paling penting ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes bagi mengekang penularan wabak itu daripada terus meningkat terutamanya di kawasan terdapat air bertakung.

Katanya, kegagalan masyarakat mengambil langkah pencegahan sewajarnya dikhuatiri membawa akibat lebih buruk termasuk risiko kehilangan nyawa.“Kalau langkah-langkah mencegah itu tidak diambil kita bimbang penyakit ini akan semakin meningkat dan yang paling kita risau ia penyakit yang boleh membawa kepada kematian,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dilaporkan berkata, sebanyak 100,936 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 4 November lalu, berbanding 51,256 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu.

Kes berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 49,674 kes iaitu 96.9 peratus dengan 78 kematian, berbanding 35 kematian bagi tempoh sama.

Loading...
Terkini