comscore
Tumpuan :
Nasional

1,914 kes kemalangan, 22 kematian direkodkan pada 27 April

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 kes kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam, meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Berdasarkan statistik di Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman hari ini, jumlah itu meningkat berbanding 11 kes kematian yang direkodkan kelmarin.

Selain itu, kes kemalangan juga meningkat apabila sebanyak 1,914 kes kemalangan direkodkan di seluruh negara semalam, berbanding 1,869 kes sebelumnya.

Statistik kematian akibat kemalangan akan disiarkan setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, tindakan itu dilaksanakan dengan pelaporan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini