comscore
Tumpuan :
Nasional

10 rumah di Kuala Muda rosak dilanda ribut

SUNGAI PETANI: Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda daerah ini hari ini menyebabkan 10 keluarga di tujuh kampung terjejas dan mengalami kerosakan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, antara kampung yang terjejas adalah di Kampung Kuala Dahanan di Jeniang (1), Kampung Sri Gading (4) dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang (1) di Mukim Gurun.

Beliau berkata, sebuah rumah di Kampung Berapit di Mukim Petula dan tiga rumah di Mukim Sungai Pasir iaitu Kampung Teluk Wang Besar (3), Kampung Teluk Wang Kechil (1) dan Kampung Bukit (1).

“Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian ini masih dalam bancian.

“Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa.

“Setakat ini pihak kami sedang mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan perlu berpindah sekiranya diarahkan,” katanya.

Azhar berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini antara agensi yang terbabit dalam kejadian itu adalah Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan (PDRM) PDRM serta penghulu kampung.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini