Bengkel anjuran Media Prima Berhad (MPB) ini merangkumi dua kategori iaitu:
Klinik Didik SPM 
  • Mata pelajaran: Bahasa Melayu (artikulasi penulisan), Matematik & Sains
  • Analisis soalan SPM format baharu
Klinik Didik PKSK
  • Mata pelajaran: Bahasa Melayu, Matematik & Sains
  • Peserta juga akan didedahkan dengan soalan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)
Penceramah: Guru cemerlang yang pakar dalam teknik menjawab soalan peperiksaan, dan juga merupakan guru penyampai DidikTV KPM
Bayaran pendaftaran: RM200 (Peserta akan menerima modul bagi setiap mata pelajaran, sijil penyertaan & cenderahati).
Klinik Didik SPM
Tarikh: 26 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang (Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi)
Lokasi: Public Space, The New Straits Times Press Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Klinik Didik PKSK
Tarikh: 2 September 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang (Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi)
Lokasi: Public Space, The New Straits Times Press Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Klinik Didik SPM
Tarikh: 28 OKTOBER 2023
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang (Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi)
Lokasi: Public Space NSTP, Balai Berita
Klinik Didik PKSK
Tarikh: 16 September 2023 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang (Pendaftaran bermula jam 7.30 pagi)
Lokasi: Auditorium Radin Umar, Universiti Putra Malaysia Serdang
  1. Klinik Didik ini terbuka kepada semua murid di sekolah Kementerian Pendidikan (sekolah awam) dan juga sekolah swasta.
  2. Terbuka kepada peserta berumur 11 hingga 12 tahun bagi bengkel PKSK dan 16 hingga 17 tahun bagi bengkel SPM.
  3. Peserta dikehendaki mendapat persetujuan ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.
  4. Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengisi dan menandatangani surat persetujuan ibu bapa atau penjaga.  Lampiran seperti yang disediakan.   
  5. Peserta harus melakukan pendaftaran secara online melalui borang Google yang dilampirkan.
  6. Peserta dikehendaki membuat pembayaran awal bagi memastikan penyertaan terjamin, iaitu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum klinik berlangsung. 
  7. Pembayaran hendaklah dibuat melalui perbankan dalam talian (online banking) atau imbas melalui kod bar (QR Code) yang disediakan.
  8. Resit pembayaran hendaklah dimuat naik ke dalam borang Google yang dilampirkan.
  9. Peserta perlu mengikuti atur cara yang disediakan, bermula jam 8.00pagi hingga 6.00petang, serta mengikut etika yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
  10. Peserta yang ingin membuat pembatalan penyertaan dan ingin mendapatkan bayaran balik perlu berhubung dengan penganjur di talian +60 19 221 9537.  Peserta dibenarkan untuk menggantikan dengan nama peserta lain (jika pembayaran sudah dibuat).
  11. Peserta diminta untuk memberikan persetujuan untuk menggunakan data atau maklumat peribadi, gambar, dan video mereka dan memahami pernyataan dibawah :
    • Dengan ini, peserta memberi persetujuan bagi pemprosesan data peribadi:
    • Dengan memberi maklumat, anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah membaca Notis Perlindungan Data Peribadi syarikat, Sistem Televisyen Malaysia Berhad yang boleh dibaca di https://www.mediaprima.com.my/personal-data-protection-notice.html (“Notis”) dan anda memberi persetujuan ke atas pemprosesan apa-apa data peribadi anda atau anak di bawah jagaan anda yang diberi kepada Sistem Televisyen Malaysia Berhad atau wakil-wakilnya berdasarkan terma yang terkandung di dalam Notis tersebut.