comscore
Tumpuan :
Jenayah

KPDN tumpaskan seleweng 5,000 liter minyak diesel di Semenyih

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris dalam satu serbuan ke atas sebuah premis tanpa nombor yang disyaki dijadikan sebagai stor penyimpanan dan pemindahan di Semenyih, Selangor pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti keseluruhan berjumlah 5,000 liter termasuk barangan peralatan yang digunakan untuk penyelewangan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM13,250.

 

Menurutnya,serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 9.30 malam hasil risikan selama beberapa hari.

Katanya, selain minyak diesel barangan lain turut disita seperti pam bermotor, paip penyambung dan beberapa dokumen yang ditemui di lokasi serbuan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaranminyak diesel termasuklah sumber minyakini diperolehi dan diedarkan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan Ops Tiris yangbermula 1 Mac sehingga 21 Mac lalu sebanyak 2,582 pemeriksaan telah dilakukan diseluruh negara.

Daripada jumlah itu, sebanyak 69 kes telah direkodkan melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM 1.27 juta.

Loading...
Terkini