comscore
Tumpuan :
Dunia

Penunjuk perasaan di Tel Aviv halang trafik, desak gencatan senjata 

FOTO: Reuters

TEBING BARAT: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di tengah-tengah jalan raya di Tel Aviv bagi mendesak pemimpin rejim Zionis membawa pulang tebusan yang kini berada di Gaza.

Ada yang membawa sepanduk dan membakar suar sambil melaungkan slogan menuntut gencatan senjata dilakukan antara rejim itu dengan Hamas.

Penunjuk perasaan turut membakar objek di tengah-tengah jalan raya bagi menghalang laluan trafik.

Keadaan tegang turut menyaksikan penunjuk perasaan bertikam lidah dengan polis rejim di salah satu lokasi.

Tunjuk perasaan akhirnya disuraikan oleh polis rejim tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini