comscore
Tumpuan :
Dunia

Hezbollah lancar roket ke kawasan diduduki Israel di Meron

Tangkap layar daripada video yang diedarkan tentera zionis yang mendakwa ia melancarkan serangan di Lubnan.- Foto: Reuters

PETALING JAYA: Gerakan Hezbollah berkata pihaknya melancarkan peluru berpandu dan dron ke kawasan diduduki Israel di Meron.

Gerakan Hezbollah dalam satu kenyataan berkata serangan mensasarkan ibu pejabat pemerintah tentera zionis di Al Manara dan sekumpulan tentera daripada Batalion ke-51 Briged Golani.

Rejim zionis dalam satu kenyataan balas bagaimanapun berkata pihaknya berjaya memintas sasaran mencurigakan di udara yang melintasi sempadan dari Lubnan di kawasan Manara.

Menurut kenyataan itu lagi, Israel juga berjaya ‘mematahkan sumber api’ beberapa peluru antikereta kebal yang dilancarkan dari Lubnan ke kawasan Manara.

Terdahulu, rejim zionis melancarkan serangan rentas sempadan ke beberapa kawasan di Lubnan hingga menyebabkan tiga orang maut dan 11 yang lain cedera.

Hezbollah mengesahkan dua daripada mangsa yang terkorban adalah anggota gerakan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini