comscore
Tumpuan :
Dunia

28 individu ditahan dalam perhimpunan Pro-Palestin di Georgia

Foto: Reuters


AMERIKA SYARIKAT: 28 individu ditahan polis dalam perhimpunan solidariti ke atas penduduk Palestin di Universiti Emory di Georgia, Amerika Syarikat.

Polis didakwa bertindak kasar dengan menggunakan gas pemedih mata dan alat renjatan elektrik ke atas individu yang menyertai perhimpunan terbabit.

Tindakan biadap itu menimbulkan kecaman orang ramai terhadap pihak polis.

Dalam pada itu, Pertubuhan Hak Asasi Manusia NAACP mempersoal tindakan polis yang menggunakan keganasan ke atas individu terbabit yang jelas mempunyai hak bersuara dalam perhimpunan aman itu.

Sejak kebelakangan ini, ratusan individu ditahan di pelbagai institusi pendidikan bermula dari California hingga ke Boston.

Kebanyakan mereka menyuarakan membantahan pembabitkan institusi itu dengan sebarang syarikat yang terlibat dengan perang Israel ke atas penduduk Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 
Loading...
Terkini