comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit rendah berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini kerana pelabur kekal di luar pasaran, menjangkakan beberapa peristiwa global dan beberapa data penting termasuk mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang.

Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FOMC dijadual bermesyuarat esok (30 April) dan 1 Mei, pasaran menjangkakan tiada perubahan dalam kadar dan keputusan oleh jawatankuasa tersebut.

“Sehubungan itu, ringgit diunjurkan kekal lemah manakala dolar AS dijangka kekal kukuh berbanding mata wang ekonomi utama lain,” katanya kepada Bernama.

Ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0154/0216 daripada 3.0408/0451 ketika ditutup pada Jumaat dan naik berbanding euro kepada 5.1098/1200 daripada 5.1157/1221 minggu lepas, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9711/9829 daripada 5.9644/9719 sebelumnya.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Ia melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.8782/9084 daripada 12.8902/9120 pada Jumaat dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 294.3/295.0 daripada 293.9/294.4.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.29 daripada 8.26/8.27 pada Jumaat dan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.5033/5105 daripada 3.5021/5068 sebelumnya/

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini