comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

Malaysia Airlines tawar diskaun kelas perniagaan hingga 45 peratus

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengumumkan Kempen Kelas Perniagaan Globalnya yang menawarkan diskaun masa terhad sehingga 45 peratus daripada tambang kelas perniagaan ke semua destinasi domestik dan antarabangsa sehingga 20 Julai 2023.

Menurut syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan, penjimatan pada tambang sehala itu bermula daripada MYR429 untuk destinasi domestik dan MYR699 untuk destinasi antarabangsa.

“Tambang diskaun ini terpakai untuk perjalanan segera sehingga 15 Disember 2023 yang membolehkan pelanggan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih awal dan memanfaatkan tawaran yang luar biasa.

“Kempen Kelas Perniagaan Global ini mempamerkan pilihan destinasi terkemuka yang dipilih dengan teliti bagi menjemput pengembara untuk meneroka bersama Malaysia Airlines.

“Perjalanan itu termasuk Bintulu, Sibu, Kuantan, Alor Setar, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Perth, Adelaide, Hong Kong, dan Medan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, untuk meningkatkan lagi pengalaman perjalanan, pengembara juga akan berpeluang memperoleh ganjaran berganda melalui program kesetiaan perjalanan dan gaya hidup syarikat penerbangan, Enrich.

“Perolehan dua kali ganda jumlah mata Enrich biasa untuk setiap penerbangan, membawa lebih dekat kepada pelbagai ganjaran menarik seperti peningkatan penerbangan, penginapan hotel dan pengalaman gaya hidup.

“Peroleh Mata Elit berganda, membolehkan pelanggan membuka kunci keistimewaan elit dan menikmati faedah perjalanan yang dipertingkatkan,” katanya.

Tambang Business Basic dan Flex ini disertakan dengan elaun bagasi daftar masuk sehingga 50 kilogram, dua elaun bagasi kabin sebanyak tujuh kilogram setiap satu, pemilihan tempat duduk percuma, makanan percuma, daftar masuk keutamaan, dan akses ke lounge terkemuka syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Loading...
Terkini